Selamat Datang ke Studio kami !

Studio kami berkonsepkan butik kaunseling yang amat unik dan dinamik. Kami menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling serta penjualan minuman / makanan dan produk-produk kesihatan / kecantikan.

TWINsTALK TRAINING & COUNSELLING SERVICES (TTCS) adalah menjurus kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia, pengurusan kerjaya, pengurusan disiplin, pengurusan prestasi, pengurusan peningkatan akademik dan pengurusan kendiri. Penerangan secara terperinci akan diperjelaskan melalui profil syarikat ini bagi pihak yang berkaitan merujuk dalam mendapatkan kepakaran khidmat psikologi dan kaunseling dari TTCS.

Program TwinsTalk

PROGRAM

Kursus Pensijilan
Kemahiran Asas
Kaunseling dan Psikologi Dengan
Aplikasi Art Drawing House Tree Person (ADHTP)
Team Building
Program Usahawan Muda
(Vendor Butik)

TwinsTalk Training & Counselling Services (TTCS) ditubuhkan pada hujung tahun 2013 dan diterajui oleh Puan Nor Hanita Mohd Shariff yang merupakan seorang Kaunselor Berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (00241) serta berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kerjaya psikologi dan kaunseling .

Cr. Nor Hanita berpengalaman luas dalam bidang psikologi dan kaunseling serta merupakan pakar kaunseling peribadi, kaunseling kerjaya, kaunseling staf, kaunseling keluarga serta kaunseling remaja. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan Psikologi di UITM, Shah Alam sejak tahun 2009 dan kini beliau menerajui syarikat sendiri iaitu TWINsTALK STUDIO TRAINING & COUNSELLING Services sebagai Perunding utama.

TWINsTALK TRAINING & COUNSELLING SERVICES (TTCS) memberikan perkhidmatan kaunseling secara online atau bersemuka, ujian psikologi dan program-program psikologi kepada pekerja di organisasi, siswa-siswi di IPT dan para pelajar di sekolah menengah & rendah.

JAMU RATU MALAYA

Nantikan tawaran hebat daripada produk terlaris JRM

FARM FRESH

Tawaran istimewa untuk produk FarmFresh !!