Latar Belakang Syarikat

TwinsTalk Training & Counselling Services (TTCS) ditubuhkan pada hujung tahun 2013 dan diterajui oleh Puan Nor Hanita Mohd Shariff di mana beliau merupakan seorang Kaunselor Berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (00241) serta berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kerjaya psikologi dan kaunseling terutamanya yang melibatkan hal ehwal pengurusan sumber manusia pekerja di sesebuah organisasi dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Pengenalan

Menyedari kepentingan psikologi dan kaunseling sebagai salah satu elemen pemangkin kecemerlangan dalam pengurusan sumber manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan garis panduan menguruskan staf berprestasi rendah melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 1998 – Garis Panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai Bermasalah. Seterusnya, perkhidmatan psikologi kaunseling dimantapkan lagi dan dibuat penambahbaikan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.12/2009 – Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan.

Objektif perkhidmatan psikologi kaunseling secara terancang dan berstruktur adalah bertujuan untuk membantu staf di agensi kerajaan, berkanun atau swasta yang dikenalpasti bermasalah atau berprestasi rendah bagi tujuan mempertingkatkan prestasi diri ke arah kesejahteraan hidup dan menjadi pekerja yang lebih produktif serta cemerlang.

Secara umum, perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang disediakan oleh TWINsTALK TRAINING & COUNSELLING SERVICES (TTCS) adalah menjurus kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia, pengurusan kerjaya, pengurusan disiplin, pengurusan prestasi, pengurusan peningkatan akademik dan pengurusan kendiri. Penerangan secara terperinci akan diperjelaskan melalui profil syarikat ini bagi pihak yang berkaitan merujuk dalam mendapatkan kepakaran khidmat psikologi dan kaunseling dari TTCS.

BIO PEMILIK SYARIKAT